Nak ke Kota Kinabalu merasa Ayam Bakar Madu, tak kesampaian lagi. Haa..apa kata kita cuba sendiri resepi ini di rumah, haa boleh bah kalau kau!
🛒 Kau hanya perlukan 🛒
5 Ulas Bawang Putih
2 Inci Halia
Ayam (Bahagian Kepak)
2 Sudu Sos Tiram Rasaku
2 Sudu Kicap Lemak Manis Rasaku
2 Sudu Sos Cili
3 Sudu Madu
2 Sudu Serbuk Cili / Serbuk Paprika
5 Sudu Gula
1/2 Sudu Garam
1 Sudu Lada Hitam
3 Batang Serai
1 Sudu Pewarna Merah
1 Sudu kecil Tepung Jagung
2 Sudu Kicap Manis Rasaku
🌄 Cara Membuat Ayam Bakar Madu Sabah 🌄
1️⃣ Tumbukkan Bawang Putih & Halia sehingga lumat
2️⃣ Cucuk-cucuk sedikit ke Ayam untuk pastikan perapan masuk dalam isi Ayam.
3️⃣ Letakkan bahan-bahan yang ditumbuk serta Sos Tiram & Kicap Lemak Manis Rasaku, Sos Cili, Madu dan Serbuk Cili
4️⃣ Jangan lupa letakkan Gula & Garam dan juga Lada Hitam
5️⃣ Tumbukkan Batang Serai dan gaulkan sekali kesemua bahan di dalam mangkuk. Jangan lupa letak Pewarna okay!
6️⃣ Akhir sekali, bakarkan Ayam yang diperap sehingga betul-betul dimasak.
Mudah begitu sahaja bah! Dapat nikmati Ayam Bakar sambil dicicah sos pedas lagi mantap! Apa lagi, cubalah sekarang!
Nak beli produk Rasaku boleh lah pergi ke link ini 👉🏻 https://shopee.com.my/rasakumarketingproducts